Setiap Tahun Jabatan Kerja Raya Sabah akan mengadakan Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan Cermerlang kepada kakitangan-kakitangan di bawah nya, Sebagai menghargai perkhidmatan yang telah disumbangkan oleh kakitangan-kakitangan Jabatan, maka pada Tahun 2014, Jabatan Kerja Raya Sabah telah memberi Pengiktirafan dan Penghargaan kepada kakitangan terpilih Jabatan Kerja Raya Sabah yang telah menepati dan mencapai sasaran kerja. Cawangan Elektrik adalah salah satu Cawangan dibawah kawalan Jabatan Kerja Raya Sabah. Sebagai menghargai dan mengiktiraf, Pengurusan Cawangan Elektrik telah menamakan kakitangan Cawangan Elektrik untuk menerima Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan Cermerlang kepada En.Lewis Paulis ( Anugerah Pekerja Terbaik Cawangan Elektrik ), En. Sehari Sulaiman dan Puan Nelly Zeno ( Anugerah Perkhidmatan Cermerlang )
EN.LEWIS PAULIS
PENERIMA ANUGERAH PEKERJA TERBAIK CAWANGAN ELEKTRIK
2014
PUAN NELLY ZENO
PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CERMERLANG
2014
EN. SEHARI SULAIMAN
PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CERMERLANG
2014
En. Martin Gustaf, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Elektrik serta semua kakitangan Warga Elektrik Ibu Pejabat mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada semua penerima Anugerah yang telah di calunkan, dan berharap, agar meningkatkan lagi prestasi kerja dan sumbangan tugasan kepada Cawangan dan Jabatan khususnya Perkhidmatan Awam.
TAHNIAH DAN SYABAS
No comments:
Post a Comment