Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you
Kelas Belajar Mengaji Al Quran ini adalah cetusan minda En. Sukri Yusof, dan beliau adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa Persatuan Kakitangan Kebajikan Islam Jabatan Kerja Raya, Sabah. Dari cetusan minda melaksanakan kelas bimbingan mengaji Al Quran ini, Pada tarikh 12hb.November.2014. Kelas bimbingan mengaji Al Quran ini telah terlaksana, dan diadakan di Surau Ibu Pejabat Cawangan Elektrik, di mana penyertaan amat mengalakkan daripada kakitangan Cawangan Elektrik dan Cawangan Mekanikal. Kelas bimbingan ini di adakan setiap hari Rabu dan Khamis bermula jam 8:30am (khusus pada Qariah) dan 9:30am (khusus pada Qari).
Sesi Kelas bimbingan mengaji Al Quran ini, di pimpin oleh Ustaz Muklis.
Allah menyatakan dalam surah Al Alaq, ayat 1:
Bacalah, wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang mencipta segala sekalian makhluk.
Dia tahu menjadikan kamu tahu daripada tidak tahu kerana Nabi Muhammad pada awalnya tidak tahu membaca dan menulis, kemudian datang perintah menyuruh Rasulullah supaya membaca, walaupun tidak menulis, Oleh itu Rasulullah segera di beri sebuah Kitab yang akan di bacanya, sekalipun pada asal nya Rasulullah tidak tahu menulis.
Ayat ini di mulakan dengan "Baca lah" yang terbit daripada fi'il amar(kata kerja perintah). Ia memberi maksud, ini adalah arahan atau perintah supaya umat Islam senantiasa membaca, tidak kira sama ada melalui ayat-ayat maqru'ah iaitu yang dibaca seperti Al Quran atau hadis ataupun ayat-ayat manzurah iaitu yang boleh di lihat dengan pengamatan, kajian dan penyelidikan. jestru itu ayat ini didahulukan dengan perintah membaca, bukan dengan sujud,solat, puasa, zakat, haji dan jihad. Ini se olah-olah memberi kefahaman kepada kita yang membaca itu adalah satu keistemewaan kepada kita(manusia) yang dapat mengumpulkan khazanah ilmu berbanding makhluk lain.
petikan daripada buku Kuasa Iqra, Menguasai Dunia, Menikmati Akhirat,
oleh:Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H
No comments:
Post a Comment